Blog ini adalah milik peribadi penulis.
Catatan pengalaman penulis dan juga pandangan peribadi terhadap apa-apa isu.
Sila tinggalkan komen anda beserta link website anda sekali ye..happy to get feedback from u guys..

Enjoy reading ^-^

Verse of the day~

Tiga tahun lalu~~

21 Nov 2006..

memori yang tak terlupakan..
sungguh aku masih ingt...
selepas abes exam final sem 3 kat UM, aku dah bersetuju nk teman Umu (my besties kat UM) pi Kluang...Umu nk ziarah keluarga arwah sahabat lame nye (sempena bulan Syawal yg mulia) dan juga berniat untuk menziarahi pusara arwah.. Aku tidak mengenali keluarga itu..aku cuma mendengar cerita-cerita dari mulut Umu tentang kebaikan, keramahan dan cerianya family itu menyebabkan aku berani untuk menemani Umu...lagipun, aku sgt teringin nk jejak kaki ke Johor (ya!itu lah first time aku smpai johor :P)

arwah sahabat Umu ( Yana namanya) punyai seorang abang yang juga menuntut di UM..suatu hari, dalam satu program universiti anjuran PMIUM, Umu terserempak dgn abang yana dan berbual seketika untuk memaklumkan kedatangan kami ke Kluang selepas exam nnti..aku membiarkan Umu berbual smbil aku bergerak ke tepi untuk memberi laluan kepada org lain ( borak2 tengah jalan je mase tuh :P)

-----------------------------------------------------

hujan lebat di saat kami berdua (bertiga sebenarnya dgn Suhana) bergerak dari UM ke pudu..sbb hujan juga, kami mengambil keputusan untuk naik teksi je smpai pudu..nk elak dari basah kuyup if naik LRT..

malang tidak berbau...kaki ku tersepit di pintu teksi mase nk turun di Pudu..HUHUHU..sgt sakit.tp aku gagahkan juga berjalan...kami naik bas ekspres dalam pukul 2.30 lebey kurang..suhana pula ambil bas ke Taiping untuk balik kampung :D

Hujan lebat sepanjang perjalanan ke Kluang.... Alhamdulillah kami tiba di stesen bas Kluang lebih kurang pukul 6.30 ptg..kebetulan abang yana yang juga pulang pada hari yg sama tiba lebih kurg setengah jam selepas kami smpai alhamdulillah..

aku sedikit pelik...setibanya abang yana di hadapan pintu rumah, aku dalam bilik ketika itu..getar yang berbeza di hatiku...kenapa ya?
ohh mungkin segan sbb abang die ade...aku ckp dlm hati :D

malam itu, kami berbual mesra.. mengenali cik lela, pakcik lan, kak ah, adik falah, atuk, mak usu etc...

esoknya, pagi2 selepas sarapan (roti canai) kami bergerak ke pusara arwah yana...aku tidak mengenali yana..tetapi aku tahu, yana seorang anak yang baik dan disenangi rakan2...juga seorang adik yang sgt rapat dgn abangnya..ada rasa kesal sedikit kerana tak dpt mengenali yana lebih awal..:(

selepas pulang dari pusara, sementara menanti cik lela siapkan makan tengah hari, kami berbual2 di ruang tamu...kebetulan beberapa sahabat Umu dan yana juga datang ke rumah..jadi riuh juga suasana :D

kami bergerak pulang dr rumah cik lela lebih kurang pukul 4 petang 22 Nov 2006..
kami tidak terus pulang ke KL tetapi singgah bermalam di rumah sahabat Umu, Dilla..rumah Dilla tak jauh dari rumah cik lela..

esoknya, pagi2 23 Nov 2006, kami bertolak pulang ke KL semula... ditemani oleh abang yana yang tiba2 mincul di stesen bas menghantar kami pulang :D
------------------------------------------------------------------
hakikatnya...
sehari di Kluang (atau lebih tepat lagi di rumah cik lela) membawa seribu erti dlm hidupku...
[byk lagi peristiwa penting yg tak dpt ditulis di sini dlm tempoh tak smpai 24 jam tu]
di situlah bermula segalanya...

abang yana tidak berhenti menghantar aku di stesen bas kluang itu saja...
:D


insyaAllah...dgn izin Allah..jika ada jodoh antara kami...ada umur yang pnjng...
aku akan menjadi isteri abang yana...menantu cik lela dan pakcik lan..dan kakak ipar arwah yana, kak ah dan adik falah..selepas genap tiga tahun hati kami bertaut..
(^^,)


Ya Allah
Kau izinkan lah
agar hati2 ini
tidak hnya terpaut selama tiga tahun..
biarlah lebih dari tiga dekad..
atau sekurang-kurangnya
hingga kami bersama semula
di syurga MU yang abadi...
0 Responses

Our little caliph is coming..insyaAllah

pregnancy calendar

Melayari Bahtera kehidupan~~

Daisypath Anniversary tickers