Blog ini adalah milik peribadi penulis.
Catatan pengalaman penulis dan juga pandangan peribadi terhadap apa-apa isu.
Sila tinggalkan komen anda beserta link website anda sekali ye..happy to get feedback from u guys..

Enjoy reading ^-^

Verse of the day~

Varsiti kesayanganku~

Tak pernah terlintas di hati bahawa akan jadi graduan Universiti Malaya.. Time isi borang UPU pun pilihan UM adalah pilihan ke-4.. Yang 3 pertama adalah UKM..
Tapi ketika menerima surat tawaran tu aku rasa bersyukur sgt..Walaupun pilihan ku yang ke-4, aku yakinkan diri bahawa pasti ada kebaikan untukku di sana nanti..


Yup…at dat moment I was dumped by sumone (haha malunyeeee *-*) so dalam hati nekad untuk mulakan hidup baru di tempat baru dan melupakan segala yang tak perlu diingat lagi..(cheewah jewang sket ;p)

Tahun pertama di universiti adalah tahun kanak-kanak ribena ;p

Selepas dibuli time orientasi, aku juga ditugaskan dgn banyak aktiviti kolej.haha.awal2 tu memang excited la nak join aktiviti kolej tp menjelang sem 2 dah makin kenal kerenah masing2, aku pun mula menjauhkan diri dari aktiviti kolej perlahan2…aku lebih menyibukkan diri dengan aktiviti persatuan dan juga lebih senang bebas menghadiri majlis-majlis ilmu dalam universiti atau sekitarnya..

Study pon agak ok ( in fact first year la pointer paling tinggi kat U huhu) mungkin sebab kuliahnya masih topik2 basic dan belum mendalam lagi..pagi2 pegi kuliah jalan kaki dari kolej 12 ke fakulti Sains.. adalah dalam 20 minit kalau jalan lenggang lengguk hehe..kalau nak kejar kuliah, bole la sampai dalam 15 minit tp tercungap2 la bila smpai ;p



Tahun kedua mcm lebih best..dari aspek kenalan pon dah makin ramai kawan..dan alhamdulillah aku ditempatkan di pengkhususan Biokimia. MasyaAllah…betapa sangat susah subjek2 biokimia…ade gak la yang aku bole score.. Tp lebih byk yang xbole score huhu..memang tak tau nak ckp la..actually i`m not the one yang suke hafal2 ni..tu yang payah bile time soklan hafal enzyme2 or proses2 kimia, memang aku failed. Tapi kalo soklan part kire2, insyaAllah aku bole huhu..dan tahun kedua bermula la kejatuhan ku sedikit demi sikit dari aspek pointer ;(


Ops! My love story started at tahun 2 hehe…or lebih tepat lagi, sem 3 ;)

Kerana pernah dikecewakan, aku lebih berhati2 selepas itu..aku tidak sekali2 meletakkan harapan kepada seseorang yang belum pasti.. dan akhirnya alhamdulillah pertemuan aku dengan si dia ku anggap sebagai anugerah dari NYA..



Sedar tak sedar dah tiga tahun di UM. Tahun ini adalah tahun paling getir dan perit bagi ku..Dengan terlalu byk bebanan kuliah+projek akhir tahun…aku juga berusaha untuk menambahkan duit poket dgn bekerja sambilan..walaupun agak sukar, tapi aku menganggap ia sebagai pengalaman yang tidak ternilai harganya..Aku bukan anak orang kaya..di kala itu aku sudah nekad untuk tidak meminta wang daripada keluarga lagi..malah lebih baik jika aku boleh memberi kepada mereka…





Ha! Fakta yang tak perlu anda tahu :





  • Aku tak pernah naik bas UM untuk ke kuliah

  • Aku adalah penghuni tetap kolej kediaman Raja Dr Nazrin Shah @ KK12 selama tiga tahun berturut2 walaupun tidak aktif kolej ;)


  • Mid Valley dan KFC sebelah UM adalah lokasi yang sering aku dan kawan2 kunjungi ( sebut je nk pegi..tibe2 dah smpai ;p)

kami di KFC di waktu malam




  • Aku pernah join dinner kolej ( first year n final year) at Grand Season Hotel and Crown Plaza Hotel

kami di Crown Plaza Hotel





  • Pernah pinjam buku kat library hanya sekali tu pun sebab nak buat projek final year ;p

  • Aku pernah terpilih mewakili kolej dalam pertandingan nasyid Festival Seni ketika audition semasa minggu haluan siswa tapi aku tolak dengan baik

  • Makanan kegemaran di kolej adalah keli masak sambal dan nasi lemak ayam berempah

  • Aku pernah jadi wakil calon bagi calon pilihanraya fakulti ketika di tahun 2 ( Dia pertama kali menegurku ketika ini ^-^)

  • Aku mula bawa kenderaan sendiri ketika semester terakhir dan bersenang lenang memandu tanpa stiker kolej ;p

  • UM adalah universiti yang gate dibuka 24 hours. asalkan ade matrix card, konfem lepas ;)































































7 Responses
  1. SYAFIQASALIM Says:

    korang tak ada curfew rupa-rupanya. Kami jam 11 gate besar dah tutup..heee


  2. acik | uyul Says:

    utm 24 hours gak selagi ade kad matrix huhu~
    bagusye tak pernah naek bas. berbeza sekali kita yang walupon sedekat mana pon akan setia menunggu bas hahaha


  3. mmg la xpernah naek bas sbb selalu tertinggal bas je...hahahahaha... :p


  4. chapeka : a`ah best2 kemudahan yg memudahkan pelajar..asalkan jgn salah gune la kan hee..

    acik uyul : ohh yeke?bgosla..actually UM dulu xyah ade kad matrix pon open je 24 hours tp since kena rompak 3 juta tu yg dorang hati2 sket ;p

    encik ray : hee bukan sbb tertinggal bas ok? xsuke nek bas sbb xsuke ramai2 himpit2 pastu sbb suke excercise dan jalan2 melihat alam ;p


  5. acik | uyul Says:

    teringat kate sorg budak lelaki,
    "kepada sape2 yang naek bas, tuh bukan bas namenya ekceli..tuh tin sardin" haha~ lucu mengenagkannya kembali (^_^)


  6. bujang sudin Says:

    lama pulak tak bukak blog ko yatie. haritu bila aku bukak asek stuck saja. tah apa kena tah

    ouch ini kisah universiti ke kisah cinta neh.

    tapi mungkinlah, atas kejayaan yang manis(grad dgn pointer yg mantap), kenangan-kenangan masam masa lalu semua turut berubah menjadi manis tiba-tiba. congratz

    eh awek shai pon ada! huhu


  7. hehe ayep..
    beselah dah kebetulan kisah cinta terselit dlm kisah universiti ;)
    hoho..mnede aku grad ngn pointer yg mantap..yg bestnye adalah hari2 yg aku lalui..bkn pelajaran haha ;p

    ehh mstilah awek shye ade..akrab lagi tuhh hehe..jgn jeles ;)


Our little caliph is coming..insyaAllah

pregnancy calendar

Melayari Bahtera kehidupan~~

Daisypath Anniversary tickers